Animated Gifs

Wednesday, April 20, 2011

BT SEVEN AGRO FARM

TARIKH:20 APRIL 2011
MASA:3.15-5.15 PTG
TEMPAT:BT SEVEN AGRO FARM

Semalam seramai 20 orang ahli Kelab Siber dan 2 orang guru telah melawat satu tempat penternakan kambing. Tempat tersebut adalah BT SEVEN AGRO FARM yang terletak di Kg. Tersusun Lekir. Murid-murid dibawa kesana adalah sebagai satu lawatan bagi memenuhi slot aktiviti persatuan. Namun begitu, murid-murid telah diarahkan mengambil semua maklumat daripada pengusaha pusat ternakan tersebut untuk membuat satu karangan pengalaman melawat ladang kambing dengan bertaip menggunakan ms word.

Sunday, February 20, 2011

PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Ahli-ahli Kelab Siber telah menyertai perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H peringkat sekolah pada hari Jumaat yang lalu 18 Februari 2011.Perarakan tersebut turut disertai oleh persatuan-persatuan yang lain. Perarakan tersebut bermula dari padang SK Lekir melalui Kg. Pasir Pandak dan Bakau Di Muara 1.







Wednesday, February 16, 2011

PERTANDINGAN MEMBUAT KAIN RENTANG

Kelab Siber telah menyertai pertandingan membuat kain rentang sempena Sambutan Maulidur Rasul. Kain rentang tersebut telah dihasilkan oleh ahli Kelab Siber dengan bimbingan guru penasihat. Kelab kami telah membuat kain rentang bertemakan 1 Malaysia 1 Ummah. Pertandingan ini telah dijalankan pada waktu kokurikulum iaitu semalam Rabu 16 Februari 2011.